Alhamdulillah pada awal penubuhannya dan kini telah mula menerima pesakit/patient/sahabat/saudara/ummat..dan bermacam-macam kategori manusia hamba Allah yang hidup melata di muka buminya yang luas ini.
Sekarang dan terkini masih dalam proses menyelesaikan ,asalah seorang pesakit yang terpaksa dirahsiakan. Soal berkenaan hasutan syaithan dan permasalahan rumah tangga. Maklumlah tiada apa hendak di malukan kerna kita semua menghadapi masalah tersebut samada berat ringan atau sederhana. Ini selaras dengan firman Allah juga yang berbunyi: " sesungguhnya isteri dan anak-anak kamu adalah ujian bagi mu".
Syukur amat sangat kepada Allah kerna di beri kepercayaan dan saya lihat saudara saya yang bermasalah ini sangat sabar juga orangnya. Insyaallah mudah-mudahan berhasil perubatan dari saya di Nurussyifa yang merangkumi juga kaedah mimpi yang di warisi dari nenek sebelah ibu yang sudah kembali ke rahmatullah, iaitu Hajjah Nasari Mohd Yassin. Amin Ya Allah.
Hanyasanya kesembuhan itu di tangan mu..kaulah wali dan maula kami dunia dan akhirat.
Saya berdoa dan berharap Allah memudahkan dan melunakkan deria dan hati anda-anda semua untuk menemui laman web Nurussyifa ini dan sudi berkongsi masalah sesama kita secara rahsia mengikut protokol Doktor & Pesakit. Insyaallah segalanya terjamin rahsia dan sulit lagi peribadi.
Sementara itu diharap saya dapat selalu mengunjungi rumah ALlah di kampung saya Batu-Belah Klang untuk mencari cahaya ALlah di dalamnya. Kita yang sudah berusia ini tiadalah lagi apa yang di cita kecuali husnul khotimah iaitu kesudahan yang baik.
Mengambil keberkatan itu lah...maka ku namakan anak ku yang ke - 4 Nurun Alanur..beerti Cahaya di atas Cahaya. sekian dahulu
Tuesday, December 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment